Bina Web Murah laman web untuk semua

Perkhidmatan Membina Laman Web Murah Untuk Perniagaan Kecil, Pemilik Hotel Bajet / Chalet / Homestay

Sub-domain dan web hosting disediakan !


Daripada: Yusri Dahaman
www.yusri.biz

Salam sejahtera.

Saya menawarkan perkhidmatan membina laman web pakej ekonomi (murah) untuk pemilik perniagaan kecil, hotel bajet / chalet / homestay pada harga yang amat berpatutan.

Maksimum halaman laman web yang ingin dibina boleh sehingga 6 halaman seperti di dalam laman web contoh. Panjang setiap halaman adalah mengikut keperluan anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah menyediakan bahan seperti ayat dan gambar yang ingin dimasukkan dan saya akan membina laman web untuk anda termasuk dengan contact form. Laman web anda boleh dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris mengikut pilihan anda.

Anda boleh memilih design laman web dari contoh template yang diberikan dan saya akan membinanya untuk anda.

Perkhidmatan bina laman web ini ditawarkan harga RM260.00 untuk setiap pakej laman web yang ditempah. Laman web yang dibina ialah laman web HTML statik yang sangat mudah diindeks oleh enjin pencari menjadikan perniagaan anda sangat mudah ditemui oleh orang ramai di dalam internet.

Untuk Perniagaan Kecil Sahaja !

Saya tidak membuka perkhidmatan saya ini untuk syarikat besar. Jika anda pemilik perniagaan besar anda tentunya mampu dan tidak kisah membelanjakan RM3000 hingga RM8000 untuk sebuah laman web. Anda juga pastinya mampu menggaji kakitangan sendiri yang berkemahiran untuk menguruskan laman web anda.

Pemilik perniagaan kecil seperti anda yang terlibat dalam industri sokongan pelancongan, pengangkutan dan perkhidmatan terus kepada pengguna amat kritikal dalam memerlukan sebuah laman web. Persaingan perniagaan yang semakin hari semakin meningkat memerlukan anda mempunyai sebuah laman web untuk mendahului pesaing anda. Pengguna pada hari ini membuat carian perkhidmatan dengan menggunakan internet!

Melihat kepada situasi dunia perniagaan dan persaingan yang mencabar pada hari ini saya amat berbesar hati untuk membantu anda! Ikhlas saya cakap. Saya tahu peniaga seperti anda memang berminat dan amat memerlukan sebuah laman web, tapi kesibukan anda membuatkan anda tiada masa untuk mempelajari selok belok laman web.

Anda juga mungkin tidak sempat untuk mengambil tahu di mana dan bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Dengar cerita orang, kosnya rata-rata main ribu-ribu belaka. Akhirnya anda terus melupakan hasrat anda untuk memiliki sebuah laman web sedangkan perniagaan anda amat sangat memerlukannya. Situasi ini boleh berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja yang menjalankan perniagaan seperti anda.

Tidak kira apa perniagaan yang anda lakukan, memiliki sebuah laman web boleh mengubah lanskap perniagaan anda. Anda mungkin menjalankan perniagaan kereta sewa, pengangkutan barang, sewa khemah/kanopi, perkhidmatan katering, jurugambar perkahwinan, ejen pelancongan, perkhidmatan ubahsuai rumah dan bangunan, tukang paip dan juruelektrik, kedai perabot, homestay, hotel bajet, chalet, klinik, farmasi, bengkel kereta dan pelbagai lagi. Terus terang saya ingin katakan, perniagaan anda amat kritikal untuk memerlukan sebuah laman web sendiri! Jika anda tidak merebut peluang untuk mendapatkan laman web ini, ia boleh diumpamakan seperti meninggalkan duit di atas meja!

Miliki Laman Web Yang Profesional

Walaupun bajet yang anda keluarkan ciput, saya tidak main cincai dalam buat kerja. Anda akan mendapat hasil kerja yang profesional. Saya akan buat laman web anda sampai saya sendiri puas hati. Anda akan mendapat sebuah laman web yang profesional. Modal yang kecil tidak bermakna anda tidak boleh memiliki laman web yang baik.

Siapa Awak ni...?

Anda mungkin tertanya-tanya siapa saya untuk menawarkan perkhidmatan ini. Terus terang saya katakan bahawa saya sebenarnya bukanlah orang IT. Saya tidak ada diploma atau ijazah dalam web design, IT dan sebagainya namun saya tahu apa yang saya buat! Kepakaran saya ini adalah hasil pengalaman 10 tahun bergelumang dengan laman web. Bukan nak riak atau cakap sombong namun setakat nak buat laman web seperti ini ada di hujung jari saya. Semua kod HTML dah ada dalam kepala saya. Photoshop mudah-mudah memang saya boleh buat.

Anda perlu tahu bahawa fungsi sebenar laman web ialah untuk memberikan maklumat tentang perniagaan anda. Tidak guna untuk mempunyai seni rekaan web yang terlalu canggih tetapi isinya "hampeh" - pengguna payah nak dapatkan maklumat dan enjin pencari pula susah nak indeks laman web anda Lagipun anda bukannya ingin memasuki pertandingan rekaan laman web cantik. Anda inginkan pengguna beli produk dan perkhidmatan anda!

Saya tidak suka laman web yang berserabut, payah nak baca. Laman web mestilah "clean & clear" iaitu bersih untuk dilihat, dan jelas maksud yang ingin kita sampaikan. Saya bukan sahaja nakkan laman web yang nampak cantik dan kemas, tetapi juga mesti "berisi". Saya akan pastikan laman web yang dibina mesra enjin pencari - senang Pak Google nak indeks. Saya akan buat setting pada meta tag dan setting untuk SEO - guna keyword yang sesuai dengan perniagaan anda supaya mudah orang nak cari. Semua ini akan saya  buat sampai saya puas hati. Jadi, jangan marah nanti jika saya godek sana godek sini ubah ayat-ayat anda untuk tambah power!

Nak Buat Macam Mana tu..?

Saya tahu anda tak ada masa, malas nak ambik tau pasal laman web. Jadi saya menyediakan semuanya untuk anda. Tak payah nak uruskan apa-apa, nak update laman web cuma telefon atau email saya sahaja. Web hosting untuk laman web saya sediakan. Tak perlu nak sewa web hosting lagi. Tak payah pening kepala nak uruskan CPanel, tak perlu ambik tahu pasal perisian FTP untuk upload laman web anda. Lepas laman web siap anda cuma duduk diam sahaja dan tumpukan pada perniagaan anda.

Saya juga ada menyediakan sub-domain percuma untuk laman web anda. Ada empat sub-domain yang anda boleh gunakan iaitu hotelsmalaysia.my dan myhomestays.net untuk pengusaha hotel bajet, chalet dan homestay, serta bizshop.my dan lamaniaga.com (lama berniaga atau laman niaga?) untuk pengusaha perniagaan lain. Anda boleh memilih salah satu dari sub-domain ini untuk alamat laman web anda. Contoh sub-domain yang telah saya buat ialah difodilvilla.hotelsmalaysia.my iaitu untuk laman web contoh yang telah saya buat. Jika anda inginkan nama domain TLD (top level domain) sendiri (.com, .net, .org, .biz, .info) saya boleh uruskan untuk pendaftaran dan anda sediakan kosnya sebanyak RM40.00 sahaja. Jika anda berminat dengan domain .my anda perlu uruskan pendaftaran sendiri kerana memerlukan ia dokumen pendaftaran perniagaan atau kad pengenalan dan sebagainya.

Yuran Langganan

Anda tidak perlu risau. Yuran langganan saya kenakan RM60.00 sahaja setahun. Itupun pada tahun kedua. Ini disebabkan kos web hosting dan domain saya perlu bayar, jika tidak anda tak perlu bayar :). Saya tidak akan kenakan caj tambahan lain lagi sekiranya anda ingin update laman web dan sebagainya. Anda hanya perlu bayar RM60.00 setahun sekali sahaja selepas itu. Tambah lagi RM40.00 untuk yuran domain jika guna nama domain sendiri seperti www.perniagaankita.com dsb.(Saya hanya kenakan RM40.00 untuk yuran domain. Jika anda beli sendiri di luar yurannya RM60 hingga RM90.00 setahun untuk setiap nama domain .com, .net, .biz, .info, .org).

Ringkasnya RM260.00 yang anda bayar semasa tempahan sudah termasuk yuran langganan untuk tahun pertama dan anda hanya perlu bayar RM60.00 pada tahun kedua dan seterusnya. Kalau campur tolak darab bahagi  murah sangat sebenarnya - anda hanya bayar RM5.00 sebulan untuk memartabatkan perniagaan anda melalui laman web. Kos untuk bayar bil Astro pun berlipat kali ganda lebih daripada itu!

Tempahan

Sila buat tempahan sekarang sebelum saya berubah fikiran. Saya tahu memang sukar bagi anda untuk bertemu dengan tawaran yang sebegini. Anda boleh cari di internet dan buat perbandingan. Ini mungkin kesempatan pertama dan terakhir untuk anda bertemu dengan perkhidmatan yang semacam ini! Modal sebanyak RM260.00 yang anda laburkan mungkin akan memberikan pulangan tambahan RM2600.00 atau lebih sebulan. Ingat! kita tidak boleh menghalang pengguna daripada membuat carian barangan dan perkhidmatan melalui internet. Apa yang boleh kita lakukan ialah mengikut perkembangan semasa - berikan apa yang pengguna mahukan. Laman web kini sudah menjadi medium pemasaran wajib bagi setiap perniagaan yang berdaya saing dan berkembang maju. sila klik pada butang di bawah untuk ke halaman tempahan.

Untuk Masa Terhad! Saya Berikan Bonus Percuma Bernilai RM360

Jika anda tempah hari ini saya akan berikan bonus percuma bernilai semasa RM360.00 kepada anda yang mana bonus ini tidak akan anda perolehi di tempat lain. Sebelum itu... sila bertenang! Saya tidak akan memberikan anda ebook percuma yang pastinya anda tidak akan membacanya...

Sebagai seorang pemilik laman web nanti... anda pastinya memerlukan pengiklanan untuk mempromosikan laman web anda dan memperkenalkan perniagaan anda. Dengan itu saya dengan berbesar hati ingin memberikan bonus istimewa kepada anda, iaitu satu (1) tahun pengiklanan percuma untuk laman web anda dalam ruangan featured ads di tiga (3) laman pengiklanan iaitu FreeAds.my, Iklaniaga.com dan Iklan-Oh-Iklan.com yang mana setiap satunya bernilai RM10.00 sebulan. (RM10.00 x 12 bulan x 3 laman web = RM360.00). Saya yakin ini pastinya akan memberikan pendedahan terbaik untuk laman web anda. Saya akan memasukkan iklan anda secara automatik - anda tidak perlu memintanya selepas laman web anda siap dilancarkan. Sila buat tempahan sebelum bonus ini saya tarik balik. Sila klik pada butang di bawah untuk ke halaman tempahan.

 


P.S: Harga laman web anda bayar RM260.00 sahaja - bonus anda dapat bernilai RM360.00 - jadi, anda seolah-olah memperolehi laman web secara percuma dan tambahan RM100.00 lagi untuk pengiklanan! Namun semua bonus ini ada had masanya. Sila buat tempahan sebelum bonus ini ditarik balik.

 

P.P.S: Saya tahu anda sudah tidak sanggup lagi melihat pesaing anda mempunyai laman web sendiri sedangkan anda belum memilikinya. Inilah peluang terbaik untuk anda untuk turut sama mempunyai laman web perniagaan. Harga dah murah, dapat pula bonus pengiklanan. Apa yang anda tunggu lagi...???. Jom tempah sekarang!!

 

P.P.P.S: Milikilah laman web walaupun walaupun ianya satu halaman. Yang penting pengguna dapat mengetahui akan perkhidmatan anda. Jika boleh, anda buatlah sendiri setakat yang anda mampu. Jika tidak, saya boleh membantu anda. Buatlah tempahan dengan saya sekarang!